Monday, February 22, 2010

Kejohanan Olahraga Dan Trek Padang Sekolah SMK Abdul Rahim Kali Ke-34

TARIKH : 24 – 25 Februari 2010 (Rabu dan Khamis)
TEMPAT : Pusat Sukan Kudat

Kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya. Setiap pasukan rumah sukan telah memberi cabaran dan saingan sengit. Johan keseluruhan rumah sukan telah disandang oleh Rumah Sukan Sharif Osman, naib johan dimenangi oleh Rumah Sukan Tun Mustapa, tempat ke-3 dimenangi oleh Rumah Sukan Tumanggong Kurantud dan tempat ke-4 dimenangi oleh Rumah Sukan Kulindod. Johan Perbarisan Terbaik dimenangi oleh warna kuning diraja iaitu Sharif Osman. Manakala johan pertandingan 'Yell' terbaik dimenangi oleh Kulindod. Pertandingan pantun sempena tahun baru cina pula dimenangi oleh Kulindod. Sementara itu, Olahragawan Bawah 15 dimenangi oleh adik Brian Primen, Olahragawan Harapan dimenangi oleh adik Shafie Hawa.


Rumah Sukan Sharif Osman


Rumah Sukan Tun Mustapa


Rumah Sukan Tumanggong Kurantud


Rumah Sukan Kulindod

Sunday, February 21, 2010

Takziah....

Takziah kepada Keluarga Majinul kerana kehilangan ahli keluarga mereka iaitu mendiang Yusnita Majinul. Mendiang merupakan pelajar tingkatan 2AB. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh mendiang. amen..

Perkhemahan dan Perhimpunan Pengakap Daerah Kudat Kali ke- 88

TARIKH : 20 – 21 Februari 2010 (Sabtu dan Ahad)
TEMPAT : Rumah Pengakap Daearah Kudat, Padang Bandaran & SMK Pekan
OBJEKTIF :
1. Mengetahui dan menghayati sejarah perkembangan dan usaha yang dijalankan oleh ahli pengakap Daerah Kudat selama ini.
2. Menjelaskan kepada seluruh ahli pengakap Daerah Kudat tentang sumbangan social yang telah diberikan oleh ahli Pengakap Daerah Kudat kepada Daerah Kudat khasnya.

PESERTA : Ahli Pengakap SEMEKAR seramai 45 orang. 4 orang guru pengiring

Seramai 45 orang ahli Pengakap dan 4 orang guru pengiring telah menyertai perkhemahan yang bertujuan untuk memperingati 88 tahun kewujudan Pengakap di Daerah Kudat. Selain daripada itu, perhimpunan ini telah disertai oleh ahli Pengakap dari sekolah menengah dan sekolah rendah di sekitar daerah Kudat. Perhimpunan ini telah menghimpun seramai dua ratus lebih ahli Pengakap dari daerah Kudat tidak termasuk Pemimpin-pemimpin Pengakap, Pengakap Kelana dan guru-guru pengiring. Pelancaran Dibris peringkat daerah telah dirasmikan oleh Pesurujaya Pengakap Daerah Kudat iaitu En Shah Nasier Maruson.

Bengkel Aplikasi Animasi Dalam Pendidikan Anjuran Panitia MPV

TARIKH : 09 – 11 Februari 2010 ( Selasa, Rabu dan Khamis )
TEMPAT : Bengkel Produki Bahan Multimedia
OBJEKTIF:
1. Meluaskan pengetahuan dan kemahiran tentang grafik digital dan animasi.
2. Mengetahui teknik-teknik penggunaan kamera Digital Single Lens Reflex(DSLR).
3. Mengetahui cara penghasilan animasi 2D (dua dimensi) dengan mudah.

PESERTA : Pelajar MPV Tingkatan 4 & 5 berjumlah 40 orang.Guru seramai 5 orang
PENCERAMAH: Encik Chua Guan Chee






Para peserta tekun mendengar ceramah


Penceramah dari BTPN Sabah. En. Chua Guan Chee

Sunday, February 14, 2010

Selamat Tahun Baru Cina!

SMK ABDUL RAHIM mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua warganya yang terdiri dari kaum Tionghua. GONG XI FA CAI!

Thursday, February 11, 2010

' Fogging '






6.00pm, 11 Feb.2010, Kawasan SMKAR dan blok-blok asrama putera dan puteri diselibungi oleh kepulan asap 'fogging' yang dilakukan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kudat. Sebanyak 4 unit 'fogging machine' digunakan. Pihak SMKAR mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Daerah Kudat di dalam usaha-usaha membantu Unit Keselamatan SMKAR mencegah pembiakan nyamuk aedes yang membawa virus denggi. Lihat gambar:-

Derma Darah






11 Februari 2010, Bertempat di Bilik Rawatan SMK Abdul Rahim, Kudat sebanyak 23 pints darah berjaya di kumpul dari penyumbang-penyumbang yang terdiri dari warga SMKAR. Pihak SMKAR mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terdiri dari staf dan pelajar tingkatan 6 kerana berjaya berbakti kepada negara secara amnya dan khususnya buat Hospital Daerah Kudat. Aktiviti ini dianjurkan oleh Kelab Warga dan BSMM SMKAR Lihat gamabr-gambar sekitar aktiviti:-