Wednesday, March 25, 2009

PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR PMR, SPM & STPM SEMEKAR 2009

Program Kemahiran Belajar anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Abdul Rahim akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 31 MAC 2009-02 APRIL 2009

Hari : Selasa, Rabu dan Khamis

Masa : 7.00- 12.20 petang


Tempat: Dewan Serbaguna SEMEKAR.

Menurut pengerusi pengelola program, En Abdul Dahalan Amna ( Kaunselor Semekar) matlamat, objektif dan sasaran program adalah seperti berikut:


Matlamat Program:
  1. Membantu pelajar meningkatkan motivasi mereka untuk belajar dan menjadi pelajar cemerlang.
  2. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran dan teknik-teknik belajar yang betul.
  3. Memberi peluang kepada pelajar mengetahui kaedah belajar yang betul dan yang sesuai untuk mereka.
  4. Melahirkan pelajar yang berkualiti dalam pendidikan.
Objektif Program
  1. Kesemua pelajar dapat mengetahui tentang kemahiran dan teknik-teknik belajar yang betul.
  2. Sebahagian pelajar dapat mengenalpasti cara belajar yang sesuai untuk diri mereka.
  3. Kesemua pelajar dapat memahami dan boleh menguasai sekurang-kurangnya satu teknik belajar yang betul.
Sasaran Program:

Pelajar PMR, SPM & STPM sesi 2009.

Harapan penganjur program semoga perlaksanaan program dapat berjalan lancar dan sukses.

No comments:

Post a Comment