Sehubungan dengan itu, Bidang Bahasa SMK Abdul Rahim, Kudat melalui Panitia Bahasa Melayu telah mengelolahkan program ceramah komsas (sebelah Pagi) dan Apresiasi puisi (sebelah Malam) dengan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.
Program seumpama ini bertujuan untuk mengembangkan dan apresiasi sastera dalam kalangan pelajar. Program ini juga diharap dapat mewujudkan budaya mencipta dan menghayati karya sastera dalam kalangan pelajar dan pendidik di sekolah ini. Seterusnya menelusuri akar budaya bangsa yang bersifat glokal dalam usaha melahirkan insan yang harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial.
Semekar: 2 APRIL 2009 ( Khamis) tepat jam 8.00 malam, program MALAM APRESIASI PUISI bermula sebaik ketibaan Encik Zubaidi Bin Abos, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dan diiringi Oleh Tuan Pengetua SEMEKAR , Encik Abdul Wahab Maadah menuju
ke dalam dewan. Sebaik bunyi kompang berhenti pengacara majlis, Saudara Ruddin Musa mengumumkan dan mengalu-alukan kedatangan dif-dif terhormat dan majlis pun bermula.
Pada malam
ini tuan pengetua telah mengambil bahagian dengan menyampaikan seloka dengan tajuk Seloka Buat Guru-guruku, Nyanyian rakyat "Dengan judul Banggau Oh banggau." dan yang ketiga Bersajak.
Cikgu Dulamit Ruddin wakil dari DBP Cawangan Sabah menyampaikan deklamasi Sajak.
Penolong Kanan KoKUM semekar, YM Datu Badaruddin Datu Ibrahim turut mengambil bahagian
dengan mendendangkan lagu-lagu puisi yang bertajuk Kemanusiaan. Pada Malam itu semua hadirin terpegun dengan kemerduan dan kelunakan suara Datu Bad. STY kau geng.... hebat sungguh.Cikgu Ben, Husmi dan Khairuddin
juga mengambil bahagian dengan menyampaikan Pantun yang bertajuk Budaya Bahasa.Wakil-wakil dari DBP Cawangan Sabah
tidak mahu ketinggal
dalam menyumbang kerancakan pada
malam apresiasi puisi.Pada malam program Penolong
Kanan HEM, Puan Rokiah Hashim turut mengambil bahagian dengan mendeklamasikan sajak yang bertajuk "Keagungan Silam". Cikgu Mazni, Cikgu Geddrin masing-masing menyampaikan syair dan gurindam.Dalam Kalangan pelajar turut tidak ketinggalan ia dimulai oleh adik Kairuddin Jamaluddin menyampaikan syair, Kumpulan Sumandak Akavi semekar menyampaikan gurindam, Kumpulan Seri Dewi Malam menyampaikan sajak dan pantun mereka... pastinya pada malam itu amat mempesonakan dan semua hadirin terhibur dan puas hati....................
Sedutan aktiviti sepanjang Malam Apresiasi Puisi dalam slaid yang ditunjukkan...
Acara terakhir pada
malam apresiasi puisi iaitu Kolaborasi DBPdan SEMEKAR.Malam Apresiasi Puisi berakhir
dengan acara bertukar-bertukar cenderahati dari Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dengan Tuan Pengetua SMK Abdul Rahim.
No comments:
Post a Comment