Wednesday, August 5, 2009

Asrama SMK Abdul Rahim TERBAKAR!!!!















































































05 OGOS 2009 sekitar jam 2250, dua blok asrama Lelaki dan Perempuan telah terbakar akibat dari sebab-sebab yang masih belum diketahui. Seramai 380 orang penghuni asrama telah meninggalkan 'dorm-dorm' asrama mereka untuk berkumpul di tempat perlindungan( assembly point). Anggota Bomba Kudat dengan kekuatan 31 anggota telah bergegas dan berjaya memadamkan api sejurus mendapat panggilan kecemasan dari pihak keselematan sekolah. Seramai 02 mangsa yang terperangkap telah berjaya diselamatkan oleh pihak bomba. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.Penduduk-penduduk di kawasan sekitar sekolah turut serta menjadi panik apabila jentera bomba (03 buah) membunyikan siren kecemasan....

















Walau bagaimanapun, apa yang dilaporkan di atas tadi merupakan 'Latihan Kecemasan Kebakaran'(Fire Drill) yang diadakan sebagai persediaan menghadapi bencana. Pihak SMK Abdul Rahim mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Bomba Kudat dengan kerjasama yang diberikan. Lihat- gambar-gambar sekitar kejadian yang berlaku:-

No comments:

Post a Comment