Sunday, February 21, 2010

Perkhemahan dan Perhimpunan Pengakap Daerah Kudat Kali ke- 88

TARIKH : 20 – 21 Februari 2010 (Sabtu dan Ahad)
TEMPAT : Rumah Pengakap Daearah Kudat, Padang Bandaran & SMK Pekan
OBJEKTIF :
1. Mengetahui dan menghayati sejarah perkembangan dan usaha yang dijalankan oleh ahli pengakap Daerah Kudat selama ini.
2. Menjelaskan kepada seluruh ahli pengakap Daerah Kudat tentang sumbangan social yang telah diberikan oleh ahli Pengakap Daerah Kudat kepada Daerah Kudat khasnya.

PESERTA : Ahli Pengakap SEMEKAR seramai 45 orang. 4 orang guru pengiring

Seramai 45 orang ahli Pengakap dan 4 orang guru pengiring telah menyertai perkhemahan yang bertujuan untuk memperingati 88 tahun kewujudan Pengakap di Daerah Kudat. Selain daripada itu, perhimpunan ini telah disertai oleh ahli Pengakap dari sekolah menengah dan sekolah rendah di sekitar daerah Kudat. Perhimpunan ini telah menghimpun seramai dua ratus lebih ahli Pengakap dari daerah Kudat tidak termasuk Pemimpin-pemimpin Pengakap, Pengakap Kelana dan guru-guru pengiring. Pelancaran Dibris peringkat daerah telah dirasmikan oleh Pesurujaya Pengakap Daerah Kudat iaitu En Shah Nasier Maruson.

No comments:

Post a Comment