Monday, March 8, 2010

Kejohanan Bola Tampar MSSD Kudat 2010

Tarikh : 09 - 11 Mac 2010 (Selasa hingga Khamis)
Tempat : SMK Abdul Rahim -Gelanggang Bola Tampar - selaku Penganjur

Kejohanan ini bermula hari ini. Kategori yang dipertandingkan setakat ini ialah Bawah 12 tahun yang telah disertai oleh SK Pekan Kudat 2, Zon Tamalang, SK Landung Ayang, SK Tun Datu Haji Mustapha dan SK Karakit, Banggi. Johan bagi kategori 12 tahun ke bawah (lelaki) ini disandang oleh SK Karakit, tempat ke-2 disandang oleh Zon Tamalang manakala SK Landung Ayang di tempat yang ke-3.

Seterusnya perlawanan kategori Bawah 18 tahun Lelaki berlangsung di Gelanggang SMK Abdul Rahim dan kategori Bawah 18 tahun Perempuan pula diadakan di Dewan Tun Mustapha. Johan Bawah 18 Tahun Lelaki disandang oleh SMK Banggi dengan memenangi semua perlawanan tanpa kalah, tempat kedua disandang oleh SM Vokasional dan tempat ketiga dimenangi oleh SMK Matunggong.

No comments:

Post a Comment