Friday, April 10, 2009

AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR PMR, SPM DAN STPM 2009.

Tahniah dan syabas kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling Semekar kerana telah berjaya mengendalikan program kecemerlangan pelajar. Program ini telah berlangsung selama tiga hari dan pelbagai strategi dan kaedah pembelajaran telah diadakan sepanjang program tersebut. Menurut penyelaras program En. Abdul Dahalan Amna (Kaunselor Sekolah), dia bersyukur kepada Allah S.W.T kerana sepanjang program berlangsung segala perancangan berjalan lancar cuma pada hari terakhir program untuk slot STPM ceramah terpaksa dibuat di bilik 3p (Bilik Mesyuarat Sekolah) yang awalnya dibuat di dalam Dewan Sekolah, hal ini terjadi kerana pertindihan program dengan Ceramah Komsas dan Apresiasi Puisi anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka kerjasama dengan Semekar.



Pelajar STPM begitu riang kerana dapat menyiapkan tugasan semasa bengkel ketika ceramah Stress yang disampaikan oleh Cikgu Moganabal M Kaunselor SMK Abdul Rahim II, Kudat.


Ceramah yang bertajuk Pengurusan Stress yang dikendalikan oleh Cikgu Moganabal (Cik Moga), stress merupakan suatu perkara yangbiasa tetapi sekiranya tidak diurus dengan bijak dan betul boleh memudaratkan diri. Dalam ceramah ini juga Cikgu Moga memberikan beberapa tips untuk mengesan punca-punca stress dan cara-cara bagaimana mengatasi masalah stress.
















Kaunselor Semekar Cikgu Abdul Dahalan menyampaikan ceramah yang bertajuk mendengar dan mencatat nota (slot PMR) dan Kemahiran berfikir dan Belajar Berkumpulan (slot STPM)














Cikgu Muhammad Shah Jaharun, Kaunselor SRK Tun Dato Hj Mustapha menyampaikan ceramah yang bertajuk Motivasi Pelajar Cemerlang. Antara isi yang disampaikkan kepada pelajar adalah menyuntik semangat dan memberikan kesedaran dan memberikan tips untuk menjadi pelajar cemerlang.













Pengurusan Masa dan Jadual Belajar juga disampaikan semasa program ini diadakan. Ceramah tersebut disampaikan oleh En. Saharuddin Badu, Kaunselor SM ST Peter, Kudat.

Kemahiran berfikir dan Belajar secara Kumpulan yang disampaikan oleh En. Masran Kotung, Kaunselor SEMEKAR.

Kemahiran Membaca dan mengingat disampaikan oleh Pn Nur El. Hafizah Numan Kaunselor dari SMK Matunggong.

Kemahiran berfikir dan belajar dalam kumpulan yang disampaikan oleh Puan Rujanah Linggam, Kaunselor SEMEKAR , antara kandungan ceramah berharap agar pelajar menjadi pelajar yang mahir berfikir dan dapat mengembangkan daya kreativiti sebagai seorang pelajar yang cemerlang.

Kalau nak tengok lebih banyak gambar sepanjang program ini klik di sini.

Semoga program seperti ini akan diteruskan dan kita mengharapkan agar pelajar pelajar kita telah mendapat sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman sepanjang program ini berlangsung. Kita mengaharapkan semoga pelajar -pelajar semekar akan terus mengorak langkah untuk mencatat kecemerlangan di peringkat daerah , negeri dan kebangsaan. InsyaAllah. Majulah Semekar...................

No comments:

Post a Comment