Friday, April 10, 2009

KELAS TERBERSIH 3 MINGGU BERTURUT-TURUT

Unit Kebersihan dan Keceriaan Semekar, kelolahkan Penolong Kanan HEM telah menganjurkan pertandingan Kebersihan dan keceriaan kelas bermula awal bulan Mac tahun ini. Pertandingan diadakan antara Kelas-kelas dan penilaian berlangsung sepanjang minggu dan pemenang mingguan akan diumumkan setiap hari perhimpunan sekolah (Isnin). Tujuan pertandingan diadakan adalah memupuk dalam kalangan pelajar agar sentiasa mencintai sekolah dan menyemat dalam hati sanubari pelajar agar sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik darjah amnya dan sekolah khususnya. Pelajar berpegang pada konsep Sekolah Bersih dan Ceria akan mewujudkan sekolah harmoni dan cemerlang.

Kelas 3 Beta Bestari telah mengungguli pertandingan kebersihan dan Keceriaan sekolah sejak ia dibertandingkan. Ini Kerana tiga minggu berturut-turut kelas tersebut telah dapat mengatasi kelas yang lain di sekolah ini.

Saya sempat bertanya apa resepi atau rahsia kemenangan kelas 3BB, sehingga dapat mengekalkan kemenangan tiga minggu berturut-turut. Menurut Guru Kelasnya Cikgu Sitty Zulieherdawatti Mohd. Ali, tiada apa-apa resepi yang kompleks cuma yang menjadi kekuatan pelajarnya adalah komitmen dan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar. Satu perkara lagi iaitu guru kelas turut mengambil bahagian untuk memberi sokongan dan dorongan bagi menceriakan kelas tersebut, meskipun kita sedar dan tahu, sememangnya guru telah terbeban dengan tugas-tugas harian. Namun kita akan merasa puas apabila pelajar-pelajar kita memberi kerjasama dan sokongan dalam setiap program yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Dalam perhimpunan baru-baru ini tuan pengetua En. Abdul Wahab Maadah telah menyentuh tentang kebersihan dan keceriaan sekolah. Tuan pengetua mengucapkan tahniah dan syabas kepada Guru Kelas 3 Beta Bestari dan pelajar-pelajarnya kerana dapat mengekalkan kemenangan 3 minggu berturut-turut. Tuan pengetua turut mengalu-alukan agar pelajar-pelajar lain khususnya Tingkatan Enam di mana mereka sepatutnya menjadi contoh kepada pelajar lain yang lebih junior berkunjung ke kelas 3 Beta Bestari untuk melihat sendiri dan mengambil sedikit pengajaran agar kelas mereka akan lebih dan lebih ceria lagi.





Gambar menunjukkan Guru Kelas 3 Beta Bestari iaitu Cikgu Sitty Zulieherdawatti Mohd. Ali bersama dengan tropi kemenangan selama tiga minggu berturut-turut.


Papar gambar kelas terbersih selama 3 minggu berturut-turut yang sempat diambil untuk tatapan bersama..... Tahniah kepada Cikgu Zulie dan Pelajar 3 Beta Bestari semoga kemenangan ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang...tahniah dan syabas..








No comments:

Post a Comment