Tuesday, April 19, 2011

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenayah

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenayah ini dianjurkan oleh Kelab Pendidikan Pencegahan Dadah, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Pra-Varsiti dan Unit HEM, SMK Abdul Rahim dengan kerjasama IPP Kudat dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Sabah. Tarikh minggu ini dilancarkan adalah pada 25 - 28 April 2011 dengan tema "1 Malaysia Membenteras Dadah" dan bertempat di SMK Abdul Rahim. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah pertandingan melukis poster, pertandingan melukis banner, pertandingan slaid Power Point dan banyak lagi. Marilah kita seluruh warga SEMEKAR memeriahkan minggu ini.

"1 Malaysia Benci Dadah"

No comments:

Post a Comment